Dunia ilmiah

kerjayaan tercipta Bila Kita Memulakan Langkah Pertama – muizz nawawi.

JANGAN BERPUTUS ASA. 22/02/2008

Filed under: motivasi — muizz27 @ 10:29 am
Tags: , , ,

JANGAN BERPUTUS ASA!!!!!

 

Apabila disuatu ketika, hidup anda tidak menentu.

Apabila jalan hidup yang anda pilih tidak seperti yang anda harapkan.

Apabila kedudukan kewangan anda merosot

Dan hutang-hutang bertambah.

Dan anda ingin senyumtetapi keadaan memaksa anda mengeluh.

Apabila tanggungjawab anda semakin membebankan.

Berihatlah dengan secukupnya, tetapi jangan sesekali berputus asa.

 

Hidup ini aneh dengan jalan yang berliku-liku,

Seperti yang juga dialami oleh kebanyakan orang,

Ramai yang kecundang,

Dan ramai yang mungkin akan berjaya sekiranya mereka bersabar.

Janganlah berputus asa walaupun ia memakan

masa yang lama.

Anda mungkin akan berjaya untuk kesekian kalinya.

 

Selalunya matlamat yang ingin kita capai itu.

Sudah berada ditanngan kita tetapi kita masih juga gagal,

Kerana kita telah terlambat sebelum kita dapat

Mencapai KEMENANGAN.

Sungguh merugikan.

 

KEJAYAAN itu adalah

“KEGAGALAN YANG TIDAK AKAN BERLAKU”

yang pada mulanya dipenuhi oleh perasaan ragu-ragu,

anda tidak akan dapat mengetahui betapa hampirnya anda

pada kemenangan, kecuali anda berusaha,

tetapkanlah hati anda,

walau dihimpit kesulitan,

Di waktu-waktu inilah anda tidak harus berputus asa.

 

Wahai sahabatku teruskanlah PERJUANGAN ini demi anak bangsa

MALAYSIA TERCINTA.