Dunia ilmiah

kerjayaan tercipta Bila Kita Memulakan Langkah Pertama – muizz nawawi.

Terlupa dan Manusia. 05/03/2008

Filed under: belajar — muizz27 @ 4:46 am
Tags: , , , , ,

Kawan-kawan selalu terlupa sesuatu tak?, atau sering kali terlupa apa yang dibaca?, jika jawapan anda “ya”. TAHNIAH!!!!!!!…….

Itu tandanya anda manusia normal!!! J.

 

Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam. Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal. “Buat apa baca sekarang esok lupa juga”. Inilah kata-kata yang sering diucapkan. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa. Mudah bunyinya bukan??

Justeru kiter sebagai bakal-bakal pendidik tidak lame lagi perlu membantu dan memperjelas kan akan konsep-konsep ini kepada adik-adik bakal pelajar kite nanti, InsyAllah.

Diantara cara-cara mengatasi masalah lupe dikalangan pelajar:

1. Fahami apa yang dibaca

2. Hafal kata kunci.

3. Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil- dalam mengigati sesuatu konsep yang kompleks.

4. Sering membuat imbasan.

Petua yang boleh digunakan dalam melakukan imbasan:

· Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.

· Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.

· Imbas 5 minit setiap 2 minggu.

· Imbas 5 – 10 minit dimusim peperiksaan.

5. Gunakan teknik-teknik ingatan.

6. Elakkan dari tidur petang.

7. Ajarkannya kepada orang lain.

 

Peranan selaku bakal pendidik, bagai mana kita boleh membantu para pelajar bagi mengurangkan dan mengatasi masalah lupa ini, pertamanya ketika melakukan proses pengajaran di dalam kelas yang mengunakan kaedah pengajaran berbentuk kuliah. Penekanan terhadap kata kunci tertentu dalam sesuatu subtopic atau tajuk adalah merupakan suatu pendekatan yang berkesan dalam memudahkan pelajar mengigati dan menghafal kata kunci tersebut dalam proses pemahamam konsep yang sedang diajarkan itu (kaedah penegasan).

 

Dalam melakukan pengajaran,seorang pendidik yang berkualiti dan perihatin akan pelajarnya akan mengunakan teknik imbasan atau yang lebih dikenali sebagai kaedah reflektif. Dimana didalam kaedah ini seorang pendidik itu akan seberapa boleh menghubung kaitkan aper yang sedang diajar pada ketika itu dengan kuliah-kuliahnya yang terdahulu bagi menampakan hubung kait setiap topik dalam kuliah pengajaranya. Ini secara tidak langsung dapat mengimbas kembali pemahaman dan daya ingatan para pelajar.

Bagi memudahkan lagi proses mengingati fakta kepada para pelajar, kita selaku bakal-bakal pendidik, boleh mengunakan kemahiran dan teknik tertentu seperti teknik mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan peta konsep atau minda dalam membantu dan memudahkan pelajar mengigati pengajaran yang disampaikan. Dengan mengunakan teknik-teknik ingatan ini akan dapat mengurangkan kadar kelupaan pelajar kepada subjek.

Dalam menjana pembalajaran yang berkesan, berkekalan dan sentiasa diingati oleh pelajar akan inti pati pelajaran yang dipelajari. Kejayaan melibatkan pelajar secara aktif dalam perbincangan kumpulan dalam kelas pengajaran akan membuat para pelajar lebih berkeyakinan dan lebih memahami mengenai sesuatu pengajaran itu. Dimana penglibatan pelajar dalam perbincangan berkumpulan dan Pembentangan individu yang berbentuk penerangan akan dapat menguji penguasaan pelajar terhadap satu-satu tajuk.

Dalam perbentangan dan perbincangan berkumpulan, wujudkan suasana saling mempersoalkan antara kumpulan.. Hanya dengan cara inilah otak pelajar-pelajar mula bekerja lebih keras untuk mencari persoalan dan mencari jawapan kepada persoalan yang wujudl. Dengan mewujudkan soal jawab diantara sesama pelajar dengan diselia oleh pendidik akan mewujudkan suatu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkekalan dalam usaha mengatasi masalah lupe dikalangan pelajar terhadap isi pengajanran.

Dipetik dari perbincangan maya: Saudara Muizz,                                                                           Di: http://ilmu.uthm.edu.my/webapps/portal/

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s