Dunia ilmiah

kerjayaan tercipta Bila Kita Memulakan Langkah Pertama – muizz nawawi.

Rancangan Perniagaan 03/07/2014

Filed under: Entrepreneurship — muizz27 @ 10:37 pm
Tags: , , , ,

          Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai kertas kerja, kertas projek atau prospektus. Ia adalah dokumen bertulis di antara 25 hingga 40 muka surat yang menerangkan keseluruhan rancangan perniagaan secara terperinci.

  • Rancangan perniagaan adalah pelan tindakan syarikat yang dipersembahkan dalam format perniagaan yang standard
  • Rancangan perniagaan yang bagus mampu meyakinkan pembaca bahawa perniagaan tersebut boleh menghasilkan pendapatan yang mencukupi untuk membuat keuntungan yang memuaskan dan merupakan peluang pelaburan yang tidak harus dilepaskan.

Disini juga saya sertakan beberapa contoh rancangan perniagaan yang saya perolehi ketika menghadiri kursus Rancangan Perniagaan hasil dapatan di beberapa laman sesawang. sebagai suatu perkongsian carian ilmu bersama… contoh-contoh ini bukanlah yang terbaik… tapi suatu permulaan yang berguna sebagai langkah pertama mendapatkan gambaran berkenaan Rancangan Perniagaan….. (terima kasih kepada penyumbang asal contoh-contoh ini)

Contoh-contoh Rancangan Perniagaan:

 

“Jangan malu untuk memulakan langkah pertama anda……

  Kerana hari esok adalah hasil keputusan anda hari ini…..

 

 

Advertisements
 

Entrepreneurship Notes 01/07/2014

Filed under: Entrepreneurship — muizz27 @ 11:02 am
Tags: , , ,

Disediakan Nota – nota rujukan untuk pelajar – pelajar saya yang dikasihi….

“Semoga Kejayaan Adalah Milik Anda…. “

CHAPTER 1
INTRODUCTION TO ENTREPRENEURSHIP : Note PB201 Entrepreneurship – Chapter1

CHAPTER 2
ENTREPRENEURIAL IDEAS AND OPPORTUNITIES : Note PB201 Entrepreneurship – Chapter2

CHAPTER 3 :
BUSINESS OWNERSHIP : Note PB201 Entrepreneurship – Chapter3

CHAPTER 4
Basic of Business Management : Note PB201 Entrepreneurship – Chapter4

CHAPTER 5
OVERVIEW OF MARKETING : Note PB201 Entrepreneurship – Chapter5

CHAPTER 6
Basic of Accounting : Note PB201 Entrepreneurship – Chapter6

CHAPTER 7
ENTREPRENEURIAL SOURCES & SUPPORT SYSTEM  : Note PB201 Entrepreneurship – Chapter7

CHAPTER 8
BUSINESS PLAN : Note PB201 Entrepreneurship – Chapter8

 

Electronic Circuits Labsheets 24/06/2014

Filed under: Electronic Circuits — muizz27 @ 4:17 pm

Rubrik Pemarkahan Lab : Practical Evaluation Form EE301 (rubric detail3)

Lab 1 : Experimet 1 – Half Wave Rectifier Ver2012 (Edited)

Lab 2 : Experimet 2 – Regulator Ver2012 (Edited)

Lab 3 : Experimet 3 – Op-Amp Ver2012 (Edited) (1)

Lab 4 : Experimet 4 – 555 timer _STUDENT_

Lab 5 : Experimet 5 – Active Filters

Lab 6 : Experimet 6 – Digital to Analogue Converter – v2

 

Nota Pembelajaran Electronic Circuits

Filed under: Electronic Circuits — muizz27 @ 3:36 pm

Bab 1 (DC Linear Power Supply)

 Linear DC Power Supply Part 1

 Linear DC Power Supply Part 2

Bab 2  (Oscillators)

 CHAPTER 2 – OSCILLATORSdbaiki

Bab 3  (Operational Amplifiers)

 Chapter 3 Operational Amp (part 1 intro)

 Chapter 3 Operational Amp (part 2)

Bab 4  (Timers)

 CHAPTER 4 – TIMERmuizz

Bab 5  (Filters)

 CHAPTER 5 – FILTERS

Bab6  (ADC/ DAC Converters)

 DA CONVERTER PART 1

 AD Converters PART 2

 

Terlupa dan Manusia. 05/03/2008

Filed under: belajar — muizz27 @ 4:46 am
Tags: , , , , ,

Kawan-kawan selalu terlupa sesuatu tak?, atau sering kali terlupa apa yang dibaca?, jika jawapan anda “ya”. TAHNIAH!!!!!!!…….

Itu tandanya anda manusia normal!!! J.

 

Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam. Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal. “Buat apa baca sekarang esok lupa juga”. Inilah kata-kata yang sering diucapkan. Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa. Mudah bunyinya bukan??

Justeru kiter sebagai bakal-bakal pendidik tidak lame lagi perlu membantu dan memperjelas kan akan konsep-konsep ini kepada adik-adik bakal pelajar kite nanti, InsyAllah.

Diantara cara-cara mengatasi masalah lupe dikalangan pelajar:

1. Fahami apa yang dibaca

2. Hafal kata kunci.

3. Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil- dalam mengigati sesuatu konsep yang kompleks.

4. Sering membuat imbasan.

Petua yang boleh digunakan dalam melakukan imbasan:

· Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.

· Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.

· Imbas 5 minit setiap 2 minggu.

· Imbas 5 – 10 minit dimusim peperiksaan.

5. Gunakan teknik-teknik ingatan.

6. Elakkan dari tidur petang.

7. Ajarkannya kepada orang lain.

 

Peranan selaku bakal pendidik, bagai mana kita boleh membantu para pelajar bagi mengurangkan dan mengatasi masalah lupa ini, pertamanya ketika melakukan proses pengajaran di dalam kelas yang mengunakan kaedah pengajaran berbentuk kuliah. Penekanan terhadap kata kunci tertentu dalam sesuatu subtopic atau tajuk adalah merupakan suatu pendekatan yang berkesan dalam memudahkan pelajar mengigati dan menghafal kata kunci tersebut dalam proses pemahamam konsep yang sedang diajarkan itu (kaedah penegasan).

 

Dalam melakukan pengajaran,seorang pendidik yang berkualiti dan perihatin akan pelajarnya akan mengunakan teknik imbasan atau yang lebih dikenali sebagai kaedah reflektif. Dimana didalam kaedah ini seorang pendidik itu akan seberapa boleh menghubung kaitkan aper yang sedang diajar pada ketika itu dengan kuliah-kuliahnya yang terdahulu bagi menampakan hubung kait setiap topik dalam kuliah pengajaranya. Ini secara tidak langsung dapat mengimbas kembali pemahaman dan daya ingatan para pelajar.

Bagi memudahkan lagi proses mengingati fakta kepada para pelajar, kita selaku bakal-bakal pendidik, boleh mengunakan kemahiran dan teknik tertentu seperti teknik mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan peta konsep atau minda dalam membantu dan memudahkan pelajar mengigati pengajaran yang disampaikan. Dengan mengunakan teknik-teknik ingatan ini akan dapat mengurangkan kadar kelupaan pelajar kepada subjek.

Dalam menjana pembalajaran yang berkesan, berkekalan dan sentiasa diingati oleh pelajar akan inti pati pelajaran yang dipelajari. Kejayaan melibatkan pelajar secara aktif dalam perbincangan kumpulan dalam kelas pengajaran akan membuat para pelajar lebih berkeyakinan dan lebih memahami mengenai sesuatu pengajaran itu. Dimana penglibatan pelajar dalam perbincangan berkumpulan dan Pembentangan individu yang berbentuk penerangan akan dapat menguji penguasaan pelajar terhadap satu-satu tajuk.

Dalam perbentangan dan perbincangan berkumpulan, wujudkan suasana saling mempersoalkan antara kumpulan.. Hanya dengan cara inilah otak pelajar-pelajar mula bekerja lebih keras untuk mencari persoalan dan mencari jawapan kepada persoalan yang wujudl. Dengan mewujudkan soal jawab diantara sesama pelajar dengan diselia oleh pendidik akan mewujudkan suatu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkekalan dalam usaha mengatasi masalah lupe dikalangan pelajar terhadap isi pengajanran.

Dipetik dari perbincangan maya: Saudara Muizz,                                                                           Di: http://ilmu.uthm.edu.my/webapps/portal/

 

 

JANGAN BERPUTUS ASA. 22/02/2008

Filed under: motivasi — muizz27 @ 10:29 am
Tags: , , ,

JANGAN BERPUTUS ASA!!!!!

 

Apabila disuatu ketika, hidup anda tidak menentu.

Apabila jalan hidup yang anda pilih tidak seperti yang anda harapkan.

Apabila kedudukan kewangan anda merosot

Dan hutang-hutang bertambah.

Dan anda ingin senyumtetapi keadaan memaksa anda mengeluh.

Apabila tanggungjawab anda semakin membebankan.

Berihatlah dengan secukupnya, tetapi jangan sesekali berputus asa.

 

Hidup ini aneh dengan jalan yang berliku-liku,

Seperti yang juga dialami oleh kebanyakan orang,

Ramai yang kecundang,

Dan ramai yang mungkin akan berjaya sekiranya mereka bersabar.

Janganlah berputus asa walaupun ia memakan

masa yang lama.

Anda mungkin akan berjaya untuk kesekian kalinya.

 

Selalunya matlamat yang ingin kita capai itu.

Sudah berada ditanngan kita tetapi kita masih juga gagal,

Kerana kita telah terlambat sebelum kita dapat

Mencapai KEMENANGAN.

Sungguh merugikan.

 

KEJAYAAN itu adalah

“KEGAGALAN YANG TIDAK AKAN BERLAKU”

yang pada mulanya dipenuhi oleh perasaan ragu-ragu,

anda tidak akan dapat mengetahui betapa hampirnya anda

pada kemenangan, kecuali anda berusaha,

tetapkanlah hati anda,

walau dihimpit kesulitan,

Di waktu-waktu inilah anda tidak harus berputus asa.

 

Wahai sahabatku teruskanlah PERJUANGAN ini demi anak bangsa

MALAYSIA TERCINTA.

 

 

Dengan Wang.. 20/02/2008

Filed under: motivasi — muizz27 @ 5:20 pm
Tags: , , ,

Pesan Tok kura dalam perlumbaan kedua:

“wahai cucuku ingatlah pesananku ini, jika harta , pangkat dan nama yang kamu cari, kamu kene menjaganya…Tapi jika ilmu yang kamu cari, maka ia akan menjaga kamu…”

wahai sahabat-sahabatku…

Dengan wang kamu hanya boleh membeli tilam yang tebal,

bukan kenyenyakan tidur.

Dengan wang kamu hanya boleh membeli buku,

Bukan kebijaksanaan.

Dengan wang kamu hanya boleh membeli makanan,

Bukan kepuasan selera.

Dengan wang kamu hanya boleh membeli ubat,

Bukan kesihatan.

Dengan wang kamu hanya boleh membeli rumah,

Bukan kekeluargaan.

Dengan wang kamu hanya boleh membeli pangkat,

Bukan kehormatan.

Dengan wang kamu hanya boleh membeli tubuh badan,

Bukan cinta.

Dengan wang kamu hanya boleh membeli perhiasan,

Bukan kecantikan.

Dengan wang kamu hanya boleh membeli hiburan,

Bukan kegembiraan.

Dengan wang kamu hanya boleh membeli harta,

Bukan kebahgian.

Dengan wang kamu hanya boleh membeli populariti,

Bukan kalibar.

Dengan wang kamu hanya boleh membeli kekuasaan,

Bukan kebenaran.

Dengan wang kamu hanya boleh membeli agama,

Bukan keimanan…..

marilah kita bersama-sama merenungkanya…