Dunia ilmiah

kerjayaan tercipta Bile Kita Memulakan Langkah Pertama – muizz nawawi.

PERPLEXITY… 13/03/2008

Filed under: My Storys — nomiey @ 11:29 am
Tags:

Waktu pada pc kesayanganku menunjukkan pukul 3.02am, 11 March 2008, Tuesday…aku terasa ingin berkarya setelah agak kebingungan memikirkan kerja-kerja tertangguh yang makin menimbun2. Dendangan lagu Yael Naim bertajuk New Soul menyusuri pendengaran ku yang membuatkan aku agak tenang untuk berkarya disini..tanggal 8 Mac 2008 aku telah melakar sejarah dengan menjadi salah seorang pengundi di negara yang berdemokrasi ini..aku terasa sudah cukup dewasa untuk menentukan takuk pemerintahan bagi negaraku tercinta, Malaysia..aku pon xberapa paham sangat bab2 politik ni…aku cume berharap dapat hidup dalam keadaan yang aman tenteram dan sejahtera di negara sendiri..aku tidk mahu menjadi orang yang dijajah di negara sendiri..aku cume mahukan sebuah keamanan seperti impian manusia2 lain diseluruh alam ini..semoga pemimpin yang terpilih dapat melakukan sesuatu untuk kebaikan semua rakyat di Malaysia khususnya tak kira bangsa dan agama..yang penting adalah sebuah perpaduan yang menjamin keamanan…..karya ape yang aku merapu ni..perplexity btol laaa…HIDUP DUNIA ILMIAH!!!…terima kaseh kerana bagi aku peluang tuk berkarya….

 

Karya Komuniti Mbv 28/02/2008

Filed under: My Storys — muizz27 @ 11:40 am

menungu sumbangan kekawan…..

sebarang idea atau karya….

 

Nota / Rujukan 28/02/2008

Filed under: My Storys — muizz27 @ 11:32 am

menungu sumbangan kekawan…..

slide power point atau nota2…. tq 

 

faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan individu. 16/02/2008

Filed under: My Storys — muizz27 @ 7:19 pm
Tags: , ,

Perbincangan antara faktor baka atau persekitaran yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan individu.


  Bile memperkatakan antara faktor baka atau persekitaran yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. Ianya sebenarnya merujuk kepada yang mana lebih mempengaruhi, kerana kedua-duanya memberi kesan terhadap pertumbuhan dan perkembangan individu.

 

 

   Jika dilihat dari segi ilmu perubatan(faktor genetic atau baka). Melalui keturunan,sifat-sifat, ciri atau perwatakan seseorang sedikit sebanyak pasti diwarisi dalam susur jalur waris genetiknya. Seperti sifat panas baran, sawan atau gila yang disebabkan oleh ganguan jiwa kesan dari bawaan genetic DNA keturunan. Namun pengaruh faktor baka ini tidaklah sesuatu yang kritikal dan hanya dianggap sebagai faktor-faktor terpencil dalam psikologi perubatan moden. Dalam perkembangan peradaban ilmu masakini, semuanya mampu dikawal dengan kebijaksanaan akal. Ini semua berkisar tentang apa yang anda fikirkan tentang siapa anda yang sebenar!.?it is all about what you think you are?

 

 

   Dari perspektif agama islam, keturunan memainkan faktor yang besar dalam kehidupan, ini dapat dilihat dalam saranan agama Islam tentang cirri-ciri jika ingin memilih pasangan, bukankah salah satunya Islam menyuruh kita melihat keturunanya? Jelas disini faktor baka telah digariskan dalam peringkat awal perkembang individu yang bakal dilahirkan dalam keluarga Islam.

Dalam perjalanan kehidupan seseorang, faktor keturunan atau baka sedikit sebanyak mempengaruhi teras peribadi seseorang, tetapi sejauh mana atau sekuat mana ia mempengaruhi bergantung pada proses kematangan dan motivasi kendiri seseorang individu. Dalam proses inilah pengaruh persekitaran memainkan peranan terbesarnya dalam mempengaruhi perilaku, pewatakan dan peribadi seseorang individu.

 

 

   Perjalanan hidup seseorang individu memang banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti pembelajaran yang dilalui sepanjang kehidupanya, pengaruh keluarga dari segi gaya hidup seharian, didikan orang tua dan juga faktor rakan sebaya serta pengaruh media-media massa baik media cetak ataupun elektronik.

 

 

   Justeru dalam era globalisasi hari ini memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor persekitaran dalam perjalanan kehidupan individu, memberi impak terbesar dalam pewatakan individu dan sebagai pengaruh terbesar masa kini kepada pertumbuhan dan perkembangan individu terutama yang sedang meningkat dewasa.

-muizzMBV